Monday, June 18, 2018

Fasa Kehidupan

hi hi hi, apa habaq? cmna raya? abgapih kali ni raya mcm ok jgk la, last year raya di Makkah, saja nk rasa berpuasa dan raya sana, seronok u jgn tanya lah, abg apih happy kat sana,

bila balik bru abg paham sebenarnya kehidupan kita ada beberapa fasa, sebab masa di sana abg jumpa mcm2 org yang kita xboleh judge dia siapa, Azarinaz tu pun ada sana masa abg p sana, nasib x adjust aritu hhehe.

pertama, bila kita berada dlm keadaan selesa blum lagi bermula fasa kehiduapan, apa bila kita senang dan susah kembali itu lah fasa kehidupan baru bermula, selalu nya org kata hidup macam roda, ya betul, dalam kehidupan kita xkan kita sentiasa senang smpai xsusah2, mungkin xsusah dr wang ringgit tp dr benda2 lain, bila susah tu datang, di situ bermulanya survival, 

survival dari bermacam2 situasi, anak2 ke duit ringgit ke masalah atau hal2 lain yang buat kita kena berfikir utk terus hidup, dan yg kahwen untuk terus hidup bg anak2 dan istri makan, kalau istri lawa bg xcukup makan, nnt org lain bg mkan..hah masak la kau hehe..joke ok.

kedua, apa bila kita mula servival dr apa jua cabaran, masa itulah kita perlu dlm berfikiran tenang dan waras, setiap keputusan kau xkan boleh d main2. kerana apa ja kita buat akan dpt hasil yang kita belom tahu, duit xde pun boleh gdh gan gefren. apa lagi kalau dh kawen, keputusan mestilah d buat waktu kita tenang bukan nya tgh marah, waktu tenang tu kita kena fikir baik2 baik buruk dan kesan akan kau dpt nnt kedepan.kehidupan ni berterusan, silap je silap la kau dpt ,

ketiga, untung kalau ada peneman iaitu isteri, kalu ada gefren pun boleh tp mestilah yang boleh paham dan sokong apa yg kau buat, bila kau susah kau dia hulur, kalau kau senang kau hulur demi menghargai diaapa yg dia korbankan mcm masa duit dan jiwa, jiwa ni penting sbb nk kena belai.

ke empat, apa bila dlm kesusahan yg sdg berlaku, jgn lupa Allah ada untuk bantu kau buat kputusan dan mncri jawapan, solat dan berdoa, cri2 skit doa2 yg sesuai dr ayat AlQuran untuk bantu booster kan kaupunya doa,, percayalah..sekejap ke kau nampak,jd dengan ini akan bantu kita jd lbh baik dan dekt dgn Allah

ke lima, jgn buang masa melepak bagai, lepak buat apa kalau kerja xjln kan, tapi kalau coffe dgn2 network bagus xpe..kita kena buat network dan cntact yang banyak, dalam masa yang sama kau upgrade kawan2 kita yg kita kawan, kalau dulu kau asyik kawan2 gan pilot je..now upgrde kawan2 yang ada jet ke ada kapal terbang ke..itu contoh upgrade kawan, sebab sapa kawan kau kali tu akan drive kiat jd apa masa depan nnt, sbb tu apa pun bsnes kita buat, kalau enviroment bagus. bagus la kita dlm bsnes tu, sama la mcm anak2 kalau skolah pandai semua pandai..sbb budaya..ingt tu budaya

ke enam, bila kita dh upgrde kawan2 jgn lupa kwn2 lama, yg ada susah senang, jgn boikot smpai xmau kawan, kawan ja mcm biasa, wish happy besday ke lepak masa balik kampung ke..tu kwn2 kita sblm apa kita jd skang, ingt langit x selalu cerah. tapi pada2 la klau cri kawan lama,,bkn ex korang ok..tu bahaya, tu tanda gatai cri balik pahamm

ke tujuh, bila kita dh lalui beberapa pasa yg realisitik dan mncbar smai bertukar kawan dan serounding, jd maknanya kita sedikit berjaya dgn bsnes2 yg kita buat..maklumlah kawan pun gan owner2 jet bkn bawak jet lg dh..hehe, so bila berjaya jgn lupa kawan2 yg sdg nk berbisnes, bila dh kaya bantu depa, bantu sebaiknya...guide, depa prlu duit kita invest. jgn invest mcm buang duit..pasti kan invest yg ada return la...

jadi hidup ni roda, kita senang dan susah, bila senang xlupa kawan2 lama masa susah, pasangan kita yg ada atas bawah kita, dan bila dah senang, jgn lupa tlg org utk berjaya mcm kita, 

ok semua niteeee selamat hari raya  :)

memejuk kekasih? hah ni amik ni hehe

copy dari blog cik nurfrah

10 Cara Memujuk Hati Wanita

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sejak aku terbitkan postingan Sebab kenapa wanita tawar hati?, ramai yang mesej aku minta tips macam mana nak pujuk hati wanita yang telah dilukai (siap bagi email lagi yee). Alhamdulilah artikal tu mendapat respon ramai, sampai ada page-page kat facebook copy paste ye. Oklah, nevermind, itu tandanya entry Cik Farah berkualiti tu pasal ramai copy paste. Kalau tak kualiti mesti tak ada orang nak copy cat kan?? Tak pe, walaupun tak ada kredit, Cik farah tak marah pun..cool je.Permulaan tahun 2018 ni kita bagi tips cinta yang memang terperuk dalam draf ye.

Amboi-amboi nak minta tips macam aku ni Dr. Cinta pula ye, Ok, aku cuba bagi tips berdasarkan pemerhatian, pengalaman rakan-rakan, pembacaan dan pengalaman sendiri. 

Sebenarnya, jika perempuan marah? Masih boleh dipujuk. 

Sedih? Lagiii bolehhh.. 

Mengamuk? Boleh lagi.. 

Kecewa? Mungkin boleh.. 

Sakit hati? Masih boleh.. 

Benci? Ada lagi peluang kot.. 

Berubah hati? Entahlah nak cakap? 

Tawar hati?? Itu susah sikit nak jawab sebab sejenis penyakit tawar hati ni, kau letak garam ke gula ke..tawarnya tetap tawar. So berhati-hati bila perempuan sudah tawar hati ni. Bukan tak ada peluang tapi tipis, tapi apa salah mencuba ye?? 

Aku bagi 10 tips ringkas cara memujuk hati wanita. 

1. Rendahkan ego
Selalunya lelaki ni egonya tinggi. Susah nak mengaku salah jika melibatkan sesuatu perkara walaupun hanya perkara yang remeh-temeh tetapi perlu diingatkan bahawa hal-hal sedemikianlah yang menyebabkan wanita tawar hati. Maklumlah korang ni asyik nak menang je, asyik perempuan sahaja yang mengalah. Jadi, kaum lelaki kena rendahkan ego. Kalau ada sesuatu isu antara kamu dengan dia, kena cepat-cepat mengalah. Bukan bermaksud merendah-rendahkan martabat kamu tapi sebagai jalan penyelesaian untuk sesuatu perkara itu “selesai”. Tak salahkan rendahkan ego yang mengunung tinggi?



2. Bersungguh-sungguh 
Bila perempuan dah tawar hati mulalah gelisah tengok perubahan sikap perempuan tu. Memang benar, bila sudah tawar hati, perempuan akan buat tak peduli dan tak nak ambil tahu pun tentang lelaki tu (kau nak mati pun, pergilah mati) . Jadi, lelaki perlu bersungguh-sungguh untuk menawan semula hati wanita tersebut. Bukan sekali dua kena “reject” terus give-up kan. Kadang-kadang sesetengah wanita ni nak tengok sejauh mana kesungguhan lelaki itu untuk “memiliki semula hati” wanita tersebut. Tapi kalau setakat hangat-hangat tahi ayam , memang good bye lah. Kena bersungguh-sungguh tanpa jemu ya. Selamat mencuba! 

3. Berubah perangai 
Kalau dulu perangai si lelaki ni lagi teruk dari syaitantapir. Jadi kenalah beringat-ingat dan muhasabah diri. Cuba periksa apa perangai buruk korang yang wanita tak suka. Cubalah berubah jadi yang lebih baik. Perubahan yang baik kan lebih elok. Contohnya, dulu kau ni jenis panas baran, kaki maki, kaki pinjam duit, kaki hutang keliling pinggang. Siapa yang suka? Semua orang benci kan? Berubahlah kerana itu semua sifat-sifat syaitan yang perlu ditinggalkan. Berubah kerana Allah insyaallah ada jalan yang lebih baik.



4. Tunaikan janji
Janji kemain la tinggi sampai ke langit tapi satu pun tak pernah ditunaikan. Jadi, jangan jadi pemungkir janji ye ibarat menanam tebu dipinggir bibir tapi manis je ada last-last kena diabetis. Wanita paling tak suka jenis lelaki suka tabur janji tapi semua tong kosong. Tolong buktikan janji-janji manis korang tu sebelum dibiarkan membusuk menjadi bangkai. 

5. Bertolak ansur
Jangan asyik nak ikut kepala sendiri sahaja. Dalam sesuatu perhubungan kena saling bertolak ansur sebab setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Kena sentiasa memberi ruang kepada pasangan masing-masing ya, jangan asyik nak ikut cakap kau je. Apa ingat hamba abdi? 

6. Ambil berat 
Maklumlah hubungan bila dah bertahun atau selepas berkahwin ni tak seromantik masa zaman mula-mula kenal (kebanyakkan macam tu lah) kadang-kadang bagi whatsapp cuma read je tapi langsung tak nak balas. Benda simple macam “tanya khabar”, “dah makan ke belum” pun rasa liat. Bila pasangan dah tawar hati baru mengelabut minta tips kan. Ok, tolong ambil berat pada pasangan anda, buka setahun bukan dua tahun tapi selama anda bersama dengannya. Hargailah dia ye. Makan minum, sakit pening dan seangkatan dengan itu memang kena ambil berat. Sebab hal kecil-kecil macam nilah yang boleh menyebabkan perempuan jauh hati dan lama-lama tawar hati.


7. Cuba memahami 
Asyik perasaan kau sahajalah kita kena jaga, cuba peka dengan perasaan orang lain ye. Selalunya kalau jenis yang peka perubahan air muka pasangan pun korang dah dapat detect. Cubalah untuk memahami apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka. Kalau benda yang dia tak suka tu janganlah korang buat.


8. Beri kejutan 
Cubalah selalu bagi kejutan yang mengembirakan. Penghargaan bentuk pujian, hadiah, dan perkara-perkara yang mengembirakan hati. Seseorang akan selalu ingat kepada kenagan yang indah. Cuba cipta kenangan yang indah yang boleh buat dia terharu. Jangan cipta kenangan pahit dah la, nanti sampai mati dia akan ingat. Maklumlah senang untuk memaafkan tapi melupakan sukar. Ingat tu! 

9. Ingat perkara kecil 
Cubalah ingat perkara-perkara kecil, macam makanan kesukaan dia, minuman kesukaan. Tarikh-tarikh penting pun jangan lupa sebab mungkin kecil bagi kamu tapi tidak bagi dia. Lepas itu, kalau ada benda-benda yang dia pernah bagitahu kena la peka. Jangan macam tunggul kayu. Ibarat masuk telingga kanan, keluar telingga kiri. Bosan tau orang macam ni. Cik Farah reject awal-awal!


10. Berdoa 
Korang dah berusaha kenalah berdoa. Janganlah jumpa bomoh pula. Nanti kalau jumpa bomoh hubungan tak berkat dan tak bertahan lama (maklumlah perkara dimurkai Allah yang korang buat). Perlu ingat tuhan yang membolak-balikkan hati kita ni. Jadi minta pada tuhan, doa yang baik-baik agar jodoh korang dengan dia hingga syurga.


11. Move on 
Yang ni last tips la tapi kena terima hakikat ye. Korang faham tak qada dan qadar tuhan? Kena terima hakikat bahawa si dia bukan jodoh yang diciptakan untuk kamu. Jadi selepas bersungguh-sungguh cuba tips di atas masih hampa lepaskanlah dia. Menyintai tak semesti memiliki. Doakan dia temui penganti yang lebih baik dan korang move on lah. Insyaallah ada yang lebih baik menanti korang. Tempoh untuk move on tu memang perit tapi selepas pahit ada manisnya. Tapi kena ingat! Kalau dah jumpa penganti baru kenalah hargailah dia. Jangan sampai dia juga tawar hati. 

Sekian itu sahaja tips yang boleh Cik Farah kongsikan, berpeluh nak tulis tips ni. Selamat membaca ya. Ini bukan entry minum kopi makan pizza. 

Bye semua. Selamat Berjaya! 

Tuesday, March 20, 2018

Kehidupan Harian

as salam, hi

sihat ka semua? abg sehat ja, lama betoi xbukak blog ni, skali skala bukak bertaun bru nk write up :) dalam kehidupan harian kita ni, mesti ada d. antara kita akan buat keputusan untuk mnjaga hati orang lain kan? tapi itu benda biasa la bila kita dh mula ada sedikit sifat bertimbang rasa, tapi kadang2 kita terlalu banyak tolerate sampai satu tahap..semua benda nk tolerate..cuma kadang2 makan hati sikit lahh :) 

ntah la kan..susah sebenar nya bila kita cuba jga bahasa dan perkataan..tp respon yg di terima xslalu indah as what we expect..ni biasa la kan bro dan sis sis sekelian, untuk berterus terang susah kadang2, tp ada waktu senang kadang..ya kadang2..  tp apa pun abg sentiasa berpegang pada 1 benda is

"SOME DAY GOOD, SOME DAY GREAT"

Dua dua elok makna dan bagus utk harian kita.. ok nite guys :)

Wednesday, August 31, 2016

Kemerdekaan Malaysia Tercinta

Selamat menyambut hari kemerdekaan malaysia,

Tahukan kita sepanjang 59 tahun kemerdekaan negara dah pelbagai pembagunan dlm negara berlaku akan tetapi masih ada di antara rakyat malaysia masih blum semua berfikiran dalam kemerdekaan

Merdeka bukan sahaja bebas dr penjajah tetapi bebas dr pnjajahan alaf baru yg bnyk menusuk dlm diri kebnyakan rakyat malaysia, perjalanan 59 tahun itu jauh..tapi jauh lg perjlanan dan onak duri sblm bermula nya merdeka pada pertama kali di malaysia,

Sesuatu yg jauh tua dan mahal harus kita hargai, mnghargai org yg jauh lama mmpertahan kan negara agama bangsa dan raja sejak dulu2 lg, 

Mnghargai yg jauh melalui nya adalah nikmat terbaik buat mereka, menyayangi apa yg d pertahankan dulu2 oleh mereka cukup utk mereka gembira..

Semoga kita semua akan menambah rasa LOVE  dlm diri kita utk semua perkara baik yg sudah lps , sedang dan akan datang...sygi negara bangsa raja dan agama serta org2 tersyg kita demi menghargai mereka yg dh lakukan utk apa yg kenikmatan kita rasa hari ni...

-encik apih

Monday, July 18, 2016

Tak Mungkin

kadang2 bila kita tgk muvie ka dgaq lagu kan, benda2 tu kadang2 boleh mengingat kan kita utk apa2 yg trjadi dl, hidup, ni abg apih malaih nk tgk tv gan dgq lagu hahaha...

#good2share

Berjumpa dua quotes ini dalam grup Whatsapp.

.

"Greatness is a lot of small things done well everyday. It's earned and never awarded."

.
"The truth doesn't cost you anything, but a lie could cost you everything." - Anon

Saturday, July 16, 2016

1st blog encik apih

Assalamualaikum...

Hi bru dok cuba2 dlm blog, dah lama tringin nk buat tp dok tanguh sgt, smpai berkurun, ok arini boleh la godek2 skit cmna nk buat so dh terhasila encikapih.blogspot.com  ðŸ˜ƒ Apa yg best kita share disini..insyallah mana tau dpt memberi manfaat kepada org lain jgk 😃😬 nite