Monday, August 11, 2025

Mula Sesuatu Yang Baru Walau Tak Ada Pilihan


 Kadang-kadang dalam hidup, kita akan sampai ke satu titik di mana kita tak ada pilihan lain. Bukan sebab kita lemah, bukan sebab kita kalah, tapi sebab hidup sendiri dah tunjukkan yang masa untuk kita bergerak ke hadapan dah pun tiba.

“You don’t have any choice. It’s time to start something new and trust the magic of new beginnings.”


Ayat ni mungkin kedengaran macam ‘paksa rela’, tapi kalau kita renung dalam-dalam, sebenarnya ia satu jemputan untuk kita percaya. Percaya bahawa walaupun kita tak nampak jalan, langkah pertama tetap akan membawa kita ke sesuatu yang lebih baik.

Apa yang ‘baru’ tu sebenarnya?

'Baru' tak semestinya besar dan drastik. Kadang-kadang yang baru tu cuma:

  • Mula menulis semula bila dah lama tinggalkan dunia penulisan.

  • Tukar cara fikir yang selama ni hanya fokus pada kegagalan.

  • Bangun awal 30 minit untuk luangkan masa dengan diri sendiri.

  • Cuba dan belajar perkara baru, walaupun gementar dan tak pasti.

Apa pun cara, setiap permulaan itu ada magiknya yang tersendiri. Mungkin kita tak nampak hari ini, tapi satu hari nanti kita akan sedar “Nasib baik aku buat juga dulu.”

Kenapa "starting" itu penting?

Sebab dalam setiap permulaan, ada harapan.

Dalam setiap langkah pertama, ada keberanian.

Dan dalam setiap perubahan, ada ruang untuk kita kenal diri kita semula siapa kita, apa yang kita nak, dan apa yang kita mampu jadi.

Percaya pada keajaiban permulaan baru

Kadang-kadang yang kita perlukan cuma satu detik nekad untuk kata, “ Aku dah bersedia untuk "be more excellent .” Dan dari situ, satu dunia baru boleh terbuka. Dunia yang mungkin tak sempurna, tapi penuh dengan peluang dan pelajaran.

Kita tak perlu tunggu semua sedia. Kita cuma perlu sedia untuk mula.

No comments:

Post a Comment