Berapa kali kita berkata, “Aku harap aku berjaya...”, “Aku harap satu hari nanti aku dapat…”, atau “Aku harap aku lebih berani…”?
Ramai antara kita hidup dengan banyak harapan, tetapi sangat sedikit tindakan. Harapan itu bagus, ia memberi harapan dan impian. Tetapi jika ia tidak diiringi dengan langkah dan kesungguhan, ia akan kekal sebagai angan2.
Mengapa ‘I Will’ Lebih Kuat Daripada ‘I Wish’?
Perbezaan utama antara “I wish” dan “I will” terletak pada niat dan tindakan.
“I wish” menggambarkan sesuatu yang berada di luar kawalan kita, seolah-olah kita menunggu takdir atau nasib menentukan arah hidup kita.
Sebaliknya, “I will” menunjukkan komitmen. Ia adalah satu janji yang dibuat kepada diri sendiri, bahawa kita akan ambil langkah dan buat apa yang perlu untuk sampai ke destinasi yang kita mahu.
Contoh:
-
“I wish I was healthier.” bunyinya pasif.
-
“I will start exercising 3 times a week.” ini aktif dan spesifik. Ini permulaan perubahan.
Anggap Tiada Apa yang Mustahil
Kita sering dibatasi oleh kepercayaan sendiri kononnya sesuatu itu “terlalu sukar”, “bukan untuk aku”, atau “aku tak cukup bagus”. Tapi bila kita berhenti menganggap sesuatu sebagai mustahil, minda kita mula terbuka untuk mencuba. Kita mula mencari jalan, bukan alasan.
Berani mencuba bukan bermaksud kita yakin 100% akan berjaya, tapi kita percaya ianya mungkin dan positif. Dan bila kita percaya kemungkinan itu wujud, kita akan mula bertindak seolah-olah ia boleh berlaku seperti dalam perancangan dan itu membuat perbezaan besar.
Dari Kemungkinan kepada Kenyataan
Bila kita sudah ubah “impossible” kepada “possible”, langkah seterusnya adalah melihat kemungkinan itu sebagai sesuatu yang berbaloi untuk diperjuangkan.
Kita ubah kemungkinan kepada kebarangkalian yang realistik dan bertindak.

No comments:
Post a Comment