Monday, August 25, 2025

Keep doing your best every day. If no one is proud of you, be proud of yourself.

 

Setiap hari kita bangun dan menghadapi dunia dengan segala cabarannya. Kadang-kadang kita beri sepenuh tenaga, sepenuh usaha, tapi tiada siapa nampak. Tiada pujian, tiada pengiktirafan. Rasa penat sendiri. Rasa macam tak ada siapa kisah.



Tapi ingat ini satu perkara penting: kalau tiada siapa bangga dengan kamu, jadilah orang pertama yang bangga dengan diri sendiri.


Kerana kamu tahu apa yang kamu lalui. Kamu tahu susahnya untuk terus kuat. Kamu tahu apa yang kamu korbankan. Dan itu semua cukup untuk menjadikan kamu insan hebat  walaupun tanpa sorakan orang lain.


1. Berbakti kepada ibu bapa asas keberkatan hidup

Salah satu perkara yang kita selalu kejar dalam hidup ialah keberkatan. Dan keberkatan itu banyak datang daripada layanan kita kepada ibu bapa. Tak kira sejauh mana kita pergi, setinggi mana kita capai, kalau mak ayah kita redha, insya-Allah hidup kita akan dipermudahkan.

Kadang-kadang kita buat sesuatu bukan kerana orang luar, tapi kerana kita mahu mak ayah bangga. Kita nak mereka rasa senang, kita nak mereka rasa gembira tengok anak yang mereka besarkan kini jadi insan yang bertanggungjawab.

Kalau hari ini tak ada siapa puji kamu, ingat  bila kamu melayan mak ayah dengan baik, Allah sedang pandang kamu dengan penuh rahmat.


2. Nak berjaya dalam hidup – demi diri, agama dan ummah

Setiap orang ada impian masing-masing. Nak jadi doktor, jurutera, cikgu, usahawan, penulis, atau apa saja – semuanya perlukan usaha tanpa henti. Kadang-kadang jalan yang kita pilih tak mudah. Ada masa gagal, ada masa kecewa. Tapi selagi kita tidak berhenti, kita tetap sedang bergerak ke hadapan.

Usaha hari ini mungkin belum nampak hasilnya. Tapi ia bukan sia-sia.

Dan dalam proses untuk berjaya tu, bukan semata-mata untuk diri sendiri, tapi juga untuk bantu orang lain  bantu keluarga, bantu masyarakat. Bila kita berjaya, lebih banyak yang kita boleh beri.


3. Menjelajah dunia ciptaan Tuhan – buka mata, buka hati

Salah satu nikmat yang Tuhan berikan ialah dunia yang luas dan indah ini. Ramai antara kita menyimpan impian untuk mengembara, melihat tempat orang, memahami budaya lain, dan mengagumi ciptaan-Nya.

Tapi itu semua tak datang begitu saja. Ia perlukan kerja keras, simpanan, perancangan. Jadi hari ini bila kamu sedang berusaha menambah ilmu, menambah pendapatan  sebenarnya kamu sedang membuka pintu untuk impian itu.

Tak mengapa kalau orang tak nampak kenapa kamu sibuk sangat bekerja. Tak mengapa kalau ada yang tak faham kenapa kamu korbankan masa rehat. Kerana kamu tahu, suatu hari nanti kamu akan berdiri di puncak gunung, di tepi lautan luas, dan berkata: “Aku bangga dengan diri aku sendiri kerana tidak pernah berhenti berusaha.”


4. Mengembangkan kerjaya & menjadi pembayar zakat yang baik

Dalam Islam, kejayaan bukan hanya tentang diri sendiri. Ia juga tentang bagaimana kita memberi kembali kepada masyarakat. Bila kita kerja sungguh-sungguh, naik pangkat, naik gaji  itu bukan hanya untuk kita nikmati, tapi juga untuk kita kongsikan.

Salah satu cara paling mulia ialah dengan menjadi pembayar zakat yang konsisten dan ikhlas. Bayangkan betapa besarnya impak bila kita bekerja kuat bukan sekadar untuk senangkan diri, tapi juga untuk bantu mereka yang memerlukan.

Bila tiada siapa puji kerja keras kamu hari ini, ingat  ada rezeki orang lain yang sedang Allah salurkan melalui usaha kamu. Itu satu bentuk penghargaan dari langit yang tak perlu publisiti.


Akhir kata

Jangan tunggu pujian untuk terus bergerak. Jangan tunggu pengiktirafan untuk terus menyinar. Teruskan buat yang terbaik setiap hari, walaupun sunyi, walaupun lenguh, walaupun tiada siapa nampak.

Kerana akhirnya, Allah nampak. Kamu tahu. Dan itu cukup.

Keep doing your best everyday. If no one is proud of you, be proud of yourself.

Wednesday, August 13, 2025

Daripada “Aku Harap” kepada “Aku Akan” Cara Berfikir yang Mengubah Hidup

 


"The most important thing in life is to stop saying ‘I wish’ and start saying ‘I will’. Consider nothing impossible then treat possibilities as probabilities."



Berapa kali kita berkata, “Aku harap aku berjaya...”, “Aku harap satu hari nanti aku dapat…”, atau “Aku harap aku lebih berani…”?

Ramai antara kita hidup dengan banyak harapan, tetapi sangat sedikit tindakan. Harapan itu bagus, ia memberi harapan dan impian. Tetapi jika ia tidak diiringi dengan langkah dan kesungguhan, ia akan kekal sebagai angan2.

Mengapa ‘I Will’ Lebih Kuat Daripada ‘I Wish’?

Perbezaan utama antara “I wish” dan “I will” terletak pada niat dan tindakan.
“I wish” menggambarkan sesuatu yang berada di luar kawalan kita, seolah-olah kita menunggu takdir atau nasib menentukan arah hidup kita.
Sebaliknya, “I will” menunjukkan komitmen. Ia adalah satu janji yang dibuat kepada diri sendiri, bahawa kita akan ambil langkah dan buat apa yang perlu untuk sampai ke destinasi yang kita mahu.

Contoh:

  • “I wish I was healthier.”  bunyinya pasif.

  • “I will start exercising 3 times a week.”  ini aktif dan spesifik. Ini permulaan perubahan.

Anggap Tiada Apa yang Mustahil

Kita sering dibatasi oleh kepercayaan sendiri kononnya sesuatu itu “terlalu sukar”, “bukan untuk aku”, atau “aku tak cukup bagus”. Tapi bila kita berhenti menganggap sesuatu sebagai mustahil, minda kita mula terbuka untuk mencuba. Kita mula mencari jalan, bukan alasan.

Berani mencuba bukan bermaksud kita yakin 100% akan berjaya, tapi kita percaya ianya mungkin dan positif. Dan bila kita percaya kemungkinan itu wujud, kita akan mula bertindak seolah-olah ia boleh berlaku seperti dalam perancangan dan itu membuat perbezaan besar.

Dari Kemungkinan kepada Kenyataan

Bila kita sudah ubah “impossible” kepada “possible”, langkah seterusnya adalah melihat kemungkinan itu sebagai sesuatu yang berbaloi untuk diperjuangkan.

Kita ubah kemungkinan kepada kebarangkalian yang realistik dan bertindak.

Monday, August 11, 2025

Mula Sesuatu Yang Baru Walau Tak Ada Pilihan


 Kadang-kadang dalam hidup, kita akan sampai ke satu titik di mana kita tak ada pilihan lain. Bukan sebab kita lemah, bukan sebab kita kalah, tapi sebab hidup sendiri dah tunjukkan yang masa untuk kita bergerak ke hadapan dah pun tiba.

“You don’t have any choice. It’s time to start something new and trust the magic of new beginnings.”


Ayat ni mungkin kedengaran macam ‘paksa rela’, tapi kalau kita renung dalam-dalam, sebenarnya ia satu jemputan untuk kita percaya. Percaya bahawa walaupun kita tak nampak jalan, langkah pertama tetap akan membawa kita ke sesuatu yang lebih baik.

Apa yang ‘baru’ tu sebenarnya?

'Baru' tak semestinya besar dan drastik. Kadang-kadang yang baru tu cuma:

  • Mula menulis semula bila dah lama tinggalkan dunia penulisan.

  • Tukar cara fikir yang selama ni hanya fokus pada kegagalan.

  • Bangun awal 30 minit untuk luangkan masa dengan diri sendiri.

  • Cuba dan belajar perkara baru, walaupun gementar dan tak pasti.

Apa pun cara, setiap permulaan itu ada magiknya yang tersendiri. Mungkin kita tak nampak hari ini, tapi satu hari nanti kita akan sedar “Nasib baik aku buat juga dulu.”

Kenapa "starting" itu penting?

Sebab dalam setiap permulaan, ada harapan.

Dalam setiap langkah pertama, ada keberanian.

Dan dalam setiap perubahan, ada ruang untuk kita kenal diri kita semula siapa kita, apa yang kita nak, dan apa yang kita mampu jadi.

Percaya pada keajaiban permulaan baru

Kadang-kadang yang kita perlukan cuma satu detik nekad untuk kata, “ Aku dah bersedia untuk "be more excellent .” Dan dari situ, satu dunia baru boleh terbuka. Dunia yang mungkin tak sempurna, tapi penuh dengan peluang dan pelajaran.

Kita tak perlu tunggu semua sedia. Kita cuma perlu sedia untuk mula.

Kembali Bersiaran – Abang Apih Comeback di Bulan Merdeka!


Assalamualaikum  semua Apa khabar? Lama tak bersua! 😄

Lepas beberapa tahun blog ni senyap, akhirnya Abang Apih kembali aktif!
Blog ni sebenarnya dah wujud sejak tahun 2016 lagi, tapi biasalah  kadang-kadang kehidupan buat kita ‘pause’ kejap.

Tapi sekarang... Abang Apih dah kembali! harap akan jadi hobi menulis lepas ni insyaAllah
Dan kebetulan pula bulan Ogos ni bulan kemerdekaan negara tercinta, semangat tu lain macam sikit 💪


Macam mana negara kita bebas dari penjajahan, Abang Apih pun rasa macam merdeka dari malas menulis, haha!



Sunday, April 2, 2023

New 2023

 2 April 2023


Still not late to wish Happy New Year to everyone, start your 2023 with full of suprise of success, after 3 month we will know our SWAT and check again our blueprint for 2023, we will know our strength and plan. 


Whatever you do, whatever happens with you, never ever treat yourself as unworthy. A lot of people are waiting to take advantage of your lack of self-worth. They are willing to judge you, put you down, abuse your loyalty if it serves them. Don't let them succeed.


You can change course of your journey whenever you decide, whenever you start believing in yourself. Let growth happen. Let transformation happen. You can handle anything. Let yourself take direction that your heart is leading you to. Let renewal happen. Let stagnation fade away.

Kekuatan Diri Kita Akan Menjadi Senjata Masa Hadapan

2 April 2023


hi semua,  after few years back abg apih back writing, alhamdulillah semua sehat belaka, di saat umur abg apih mencecah 35,  abg Apih sgt terkesan akan kekuatan diri yang perlu di bina dr awal usia, ini akan membuatkan view kita dari pelbagai faktor selari dan Up To Date.

dengan apa yang kita tahu, apa yang telah di lalui, serta pelbagai pengalaman akan membuatkan kita bijak dalam mengantur langkah dengan baik dan tepat, point of view setiap perkafra akan memberi impact besar dalam kelansungan hidup, abg apih percaya, tak semua perkara kita bijak, akan tetapi ini punca kita boleh meminimakan risk kehidupan akan datang

andai kita bijak, view yg luas, dan pengalaman yg banyak, kita pasti akan membuat keputusan utk setiap persoalan itu dengan baik, risk dan reward keputusan kita, hanya kita yg tahu dan hanya kita yg lebih cekap menilai.

abg apih sgt percaya, " secret of success is straight to priority" ini sangat wajib kita tahu keutaman dan kepentingan masa depan kita. insyallah

Monday, June 18, 2018

Maksimumkan kekuatan orang Melayu

MASA mula meninggalkan kita. Kita, orang Melayu. Jadi untuk tidak ketinggalan, kita perlu berusaha berlipat kali ganda. Kita perlu memberi tumpuan kepada bidang yang kita ada . Lagipun kita bukan ada kekuatan dalam semua bidang.

Contohnya bidang pembinaan. Dengan lebih  40,000 kontraktor kelas F, apa yang boleh kita katakan? Kalau ada beberapa kerat dalam kelas A, di mana mereka mendapat bekalan bahan?

Kita tidak menguasai rantaian bekalan bahan binaan. Harga bahan tidak dapat dikawal selain yang sedia dalam senarai kawalan.

Kalau ada kenaikan, kos projek juga berubah. Permohonan untuk mengubah kos (variation cost) perlu dibuat dan akhirnya boleh mengurangkan keuntungan.
Amalan menyerahkan kerja kepada sub kontraktor juga berleluasa, tak tahulah berapa peringkat. Sub kontraktor terakhir mungkin dapat untung sikit sangat jadi dia pula akan potong sana potong sini.

Itu yang membuatkan bumbung roboh, dinding berkulat dan runtuh.
Kalau kita amati, kita ada kekuatan dalam bidang perkapalan dengan adanya syarikat seperti MISC. Penerbangan AIROD. Minyak dan gas, kewangan, perundingan, motivasi dan jualan langsung.

Ada syarikat jualan langsung menghebahkan berjaya membentuk beratus jutawan. Dalam bidang kreatif seperti animasi kita juga mula mempunyai kekuatan dengan adanya syarikat Les Copaque dan Lensa. Bidang fesyen pula ramai lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya sebagai pereka terkenal. Begitu juga di bidang pertanian moden. 

Dalam bidang penerbangan kita mempunyai anak-anak muda yang memiliki asas teknikal seperti kejuruteraan. Mereka boleh dilatih untuk menjadi pembantu yang lebih cekap dan mahir. Ramai yang berpengalaman ini diambil bekerja oleh syarikat-syarikat antarabangsa.

Industri penyenggaraan di Asia Barat juga lebih gemar menggajikan orang kita daripada Barat kerana pekerja Barat mahu bayaran berlipat ganda. 

Dengan adanya asas yang kukuh, bidang-bidang ini boleh dijadikan nukleus untuk melipatgandakan penguasaan kita. Mungkin ada bidang yang memerlukan sedikit bimbingan lanjutan dan ia boleh didapati dengan membawa masuk teknologi luar.
Sekian lama kita memberikan tumpuan kepada penguasaan ekuiti dan ia bukan sesuatu yang kita boleh menang.

Sebabnya kita banyak bergantung kepada agensi kerajaan untuk menyumbang ke arah penguasaan angka yang lebih besar. Sedangkan bangsa lain perkembangannya semakin meningkat. Daripada penguasaan individu ke tahap lebih tinggi dan daripada suatu bidang ke bidang lain.

Kalau kita perhatikan, dalam apa jua bidang yang memperlihatkan kekuatan, mereka mempunyai sistem. Sistem beginilah yang diperlukan oleh petani dan nelayan mereka. Tanpa sebarang sistem, sesuatu keadaan tidak dapat dikawal dan nelayan atau petani tadi akan terus duduk dalam kitaran yang mengancam.

Tahun baru azam baru. 2018 menjanjikan jutaan harapan kepada rakyat Malaysia.Selaku negara yang ingin mencapai taraf perindustrian sepenuhnya, kita ingin lari daripada terjerat dengan pendapatan pertengahan. 

Banyak perkara perlu dilakukan untuk mencapai tahap tersebut. Misalnya kita menuntut pelbagai hab di negara ini. Hab halal, pelancongan perubatan, pendidikan dan pelbagai lagi. 

Hab-hab ini adalah pusat utama gerakan kemajuan. Namun sesuatu bidang perlu dimajukan lagi kerana banyak yang ada kaitan dengan sektor perkhidmatan.

Kemelesetan di pasaran saham kita juga memerlukan suntikan fizikal dan semangat. Tidak cukup dengan bertambahnya jumlah syarikat dari China sahaja. 
Langkah kerajaan melepaskan pegangan dalam syarikat GLC supaya meningkat kecairan dalam pasaran dan lebih banyak peluang untuk pelabur sahaja tidak mencukupi. Kita juga perlu menambah tawaran selain daripada ekuiti dalam pasaran. Di sini opsyen stok boleh dipertimbangkan dan juga Dana Dagangan Bursa dalam emas.

Penjaga jamin yang boleh diminta untuk mempastikan instrumen ini boleh diniagakan mungkin boleh terdiri daripada Lembaga Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera atau PNB sendiri .ETF Emas ini penting kerana 30 peratus daripada dagangan emas dunia berlaku di ETF di bursa dunia.

Akhir sekali apa jua langkah yang bakal diambil untuk meletakkan kita di persada utama dunia ialah penyelesaian ke atas masalah-masalah yang membelenggu kita seperti jenayah, rasuah serta kerenah birokrasi.
Kita melihat ke arah KPI yang betul-betul menyediakan kayu dan carrot untuk mereka yang betul-betul berjaya diiktiraf dan mereka yang tidak mencapai matlamat mesti dikenakan tindakan sewajarnya. 

Negara kita kaya dengan sumber alam dan ia perlu digembleng supaya mendapat faedah optimum. Tidak guna kalau ada uranium sekali pun jika ia kekal di dalam tanah. Tidak guna bercakap pasal bioteknologi jika tidak memanfaatkannya.

Kita harap percaturan politik negara tahun ini akan berkurangan dan tumpuan sama-sama diberi untuk meningkatkan kemajuan negara. Ramai ahli politik kita membuktikan kemahiran berpolitik tetapi apakah kos kemahiran mereka itu?

Bagi orang Islam ingatlah akhirat tetap datang. Hari pembalasan tetap ada. Pemimpin akan diadili dahulu. Lainlah kalau ada yang sudah tidak percayakan Tuhan.